LAMAN BLOG YANG AKAN AKU TULIH IKUT SUKAHATI AKU KORANG JANGAN LA MARAH PLAK

Selasa, 28 Disember 2010

JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai.Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang. Menurut Zahrah, Maria adalah anak suaminya hasil perkahwinan pertama dan adik Maria, Aziham, 34, turut tinggal bersamanya dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74. “Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.



“Bagaimanapun, dia kembali ke pangkuan keluarga pada 2008 dan menyatakan sudah insaf. Jadi, kami menerimanya dengan hati terbuka kerana yakin dengan kejujurannya,” katanya. Bagaimanapun, katanya, belang Maria mula kelihatan apabila dia memujuk Aziham membuat permohonan pinjaman semula kediaman keluarga itu di bank dengan alasan mahu menyelesaikan masalah kewangannya. Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan. “Dapat saja wang pinjaman semula perumahan kira-kira RM100,000 dia terus menghilangkan diri dan kami dimaklumkan pihak tertentu dia bekerja sebagai kerani, tetapi menyeleweng duit syarikat RM100,000. “Jadi, dia gunakan wang pinjaman semula rumah kami untuk bayar sebahagian daripada wang yang diselewengnya. Masalahnya, kini kediaman kami di Taman Universiti hampir dilelong bank kerana ansuran bulanan tidak berbayar sejak dua tahun lalu,” katanya. Bagaimanapun, kata Zahrah, keluarganya bernasib baik kerana rumah dihuni itu masih tiada pembeli, namun bagi mengelak tindakan susulan bank, pasangan itu bercadang menjual tanah pusaka bagi melangsaikan hutang yang ditanggung. “Namun kami sekali lagi terkejut apabila mendapati dia (Maria) sudah mencagar geran tanah itu kepada seorang kenalan tanpa pengetahuan saya mahupun keluarga. Apa daya saya dan suami yang sudah tua, kami hanya berendam air mata memikirkan dugaan dialami akibat sikap dia,” katanya. Zahrah kemudian membuat laporan berkaitan penipuan Maria di Balai Polis Taman Universiti pada 8 Julai lalu manakala Aziham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, 12 Julai lalu. Zahrah turut berharap ada pihak tampil membantu keluarganya bagi menyelesaikan masalah itu. “Kami tidak mampu berpindah ke rumah lain sekiranya kediaman ini dilelong bank memandangkan saya mengalami masalah kaki bengkak selain suami berdepan masalah pendengaran.“Kami tidak sanggup kehilangan rumah ini. Aziham juga bukan hidup senang, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, dia perlu menampung perbelanjaan perubatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Roslan Hassan yang dihubungi, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Zahrah serta Aziham dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

P/s Ni lah manusia yang tidak tahu bersyukur jgn lah korang mcm ni kesian orang tua walaupun mereka keluarga tiri pun, jgn aniaya diorang x baik………….

Info : http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini

DANA UNTUK AKU BANTU MASYARAKAT